Modernization Level


Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Masyarakat mengalami modenisasi secara beransur-ansur dengan adanya pertemuan dengan gejala barat.

Proses modenisasi menyebabkan perubahan samada dalam institusi kekeluargaan atau masyarakat. Terdapat perubahan dalam nilai-nilai dan norma-norma ibu bapa disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Ibu bapa lebih memanjakan anak memenuhi segala kehendak mereka dan sering bertolak ansur dengan anak-anak mereka. Hujah ini menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku dari segi kawalan di rumah. Kanak-kanak yang diasuh dengan manja akan didapati sukar untuk menyesuaikan diri atau memahami hasrat ibu bapa. Apabila terdapat situasi yang bertentangan antara kehendak individu dengan ibu bapa mereka mungkin akan menggunakan tingkah laku yang liar untuk menyelesaikan situasi yang berlawanan ini boleh mengakibatkan kesan yang menyakitkan ke atas setengah-setengah kanak-kanak yang mana merupakan suatu penggalak kepada masalah sosial. Dunia berubah bila revolusi perindustrian berlaku, manusia menjadi materialistik dan individualistik.

Perwakilan pertumbuhan perkembangan tamadun manusia yang menunjukkan proses pemodenan berkembang secara perlahan dan berterusan. Buku-buku sejarah dan kandungannya menceritakan zaman-zaman tamadun manusia yang berkembang berturut-turut (secara progresif) yang ditandakan oleh pemisahan-pemisahan yang agak tajam antara satu sama lain. Satu cara klasifikasi secara khusus bagi tahap awal merujuk kepada benda-benda yang digunakan sebagai alat-alat dan senjata-senjata, ”Zaman Batu Lama (paleolitik)”, ”Zaman Batu Baru (Neolitik)”, ”Zaman Gangsa” dan ”Zaman Besi”. Selain itu cara pengeluaran pada masa itu sudah menunjukkan asas yang membawa kepada pemodenan seperti dalam ekonomi sehingga hari ini. Pengeluaran yang dominan pada masa itu seperti berburu dan mengutip bahan-bahan makanan, ternakan pindah-randah. Seterusnya, ia menunjukkan ke arah pemodenan yang berlaku dengan adanya pertanian tetap untuk dikomersialkan dan juga perindustrian. Usaha yang mencari sesuatu yang baru dengan jalan mengenali tahap-tahap yang jelas tidak berakhir pada zaman purbakala atau zaman bersejarah. Pada zaman selepas itu telah disifatkan sebagai satu kelainan yang bertindan-lapis dengan pengenalan kepada wap, besi, elektrik, tenaga pesawat, tenaga nuklear dan angkasa lepas.

Tahap dan pemodenan disebabkan oleh perubahan-perubahan dalam perhubungan manusia dengan alam sekitar yang berkaitan dengan teknologi. Gagasan yang sama digunakan untuk merujuk kepada perubahan bukan kebendaan seperti dalam peralihan yang tidak berterusan dari aimisme primitif kepada monoteisme yang maju dalam agama dan teologi. Auguste Comte yang menyatakan bahawa evolusi intelektual manusia boleh diwakili melalui tiga tahap iaitu teologi, metafizik dan positivistik atau saintifik. Teori klasik ini pernah menjadi popular dalam ilmu sejarah khususnya berhubung dengan sejarah dunia barat. Selain itu, Feldman dan Moore menjelaskan pemodenan ekonomi dilihat sebagai fasa penengah dalam perubahan sosial yang mempunyai tiga tahap iaitu tahap permulaan perindustrian yang statik, tahap peralihan yang dinamik dan tahap statik berikutan dengan revolusi perindustrian. Pernyataan ini menunjukkan pergerakan statik masyarakat permulaan pemodenan.

Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pemodenan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pemodenan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar iaitu pemodenan yang dirancangkan dan pemodenan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pemodenan yang dirancang. Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya dengan menjadi perecana, pelaksana, penerima dan yang paling penting iaitu pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pemodenan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing-masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat sama-sama terlibat memupuk proses pemodenan berbentuk ini berbentuk seperti ini.

Goulet (1971) mengatakan pemodenan bermaksud meninggikan tingkat kemuliaan manusia dalam sesebuah masyarakat tertentu. Pemodenan adalah keupayaan untuk mempertingkatkan keluhuran semua masyarakat dan manusia secara mutlak. Sebahagian pekerja berpendapat sebagai proses pemodenan sosial yang mudah dipengaruhi oleh reka bentuk manusia dan faktor-faktor lain. Sebagai proses sejarah evolusi yang boleh dipengaruhi secara marginal melalui usaha yang berfeadah. Richard Gable ( 1976) mentakrifkannya sebagai satu proses perubahan sosial yang berstruktur asas dan transformasi fungsinya dibuat dalam sistem sosial supaya kebebasan manusia bertindak dapat dipertingkatkan. Pemodenan mungkin dikatakan sebagai satu daripada unsur yang dikenali sebagai kemodenan, sintesis di antara idea pembangunan dan tradisi dalam persektif sejarahnya. Para pengikut Marxist berpendapat bahawa pembangunan adalah suatu perkara yang entang iaitu gerakan menuju ke arah masyarakat tanpa kelas, iaitu masyarakat tanpa keadaan yang berbahagi-bahagi berdasarkan ungkapan yang terkenal daripada setiap individu mengikut keupayaan kepada individu.

Perkembangan terakhir memperlihatkan kepada dunia mengalami pemodenan dari sudut perkembangan aspek hidup yang merangkumi sosial, kebudayaan, ekonomi mahupun politik. Pemodenan yang dialami itu dilalui terpaksa mengadaikan nilai-nilai agama dan kemanusiaan, namun masyarakat tetap melihat ianya sebagai satu bentuk pembangunan yang perlu disusuri serentak dengan kemodenan yang berkembang diseluruh dunia. Apabila menyusuri arus pemodenan manusia tidak dapat lari dari merujuk kepada negara-negara barat. Ini kerana secara umumnya dunia mengakui bahawa pemodenan berasal dari negara-negara maju di barat atau dengan istilah lain pemodenan adalah pembaratan. Walau bagaimanapun tidak semestinya pembaratan itu adalah pemodenan. Hal ini kerana bukan semua yang daripada barat itu dapat diterima sebagai satu bentuk pemodenan.

0 comments:

Post a Comment