New Ecomic Model Launched by PM..!!

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Selasa mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang sememangnya dinanti-nantikan yang akan mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata MEB akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.

Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan perbuatan merentir dan "patronage", yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

MEB bakal menjadi inklusif di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi yang mesti merupakan elemen fundamental sebarang pendekatan ekonomi baharu," katanya semasa berucap pada persidangan "Invest Malaysia 2010" di sini.

Antara intipati MEB ialah:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandaraya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta;

* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat;

Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang manawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Neac) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas.

"Ini boleh menstransform ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.

Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.

Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya. "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dasar tindakan afirmatif yang digunakan semula akan menjadi mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasarkan keperluan.

Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain, kata Najib.

Katanya akan wujud satu dasar tindakan afirmatif yang diperbaharui semula di dalam MEB dengan fokus menaikkan paras pendapatan kesemua kumpulan yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk kumpulan yang tinggal di rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak, isi rumah yang miskin di Semenanjung Malaysia dan nelayan, peniaga kecil dan petani kecil serta "tidak melupakan Orang Asli dan golongan miskin di kawasan bandar yang mahu mendapatkan kehidupan lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas.

"Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat Malaysia hidup di dalam kemiskinan, bahawa kesemuanya mendapat peluang untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran," katanya.

Laporan Neac menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran kini perlu memberi fokus kepada pelaburan biaya upaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baharu di dalam ekonomi.

0 comments:

Post a Comment